Belajar Iqra Online

Belajar Iqra Online
Belajar Iqra On Line

5/11/2014

Al Quran Digital Mudah Di Gunakan

Al-Quran Digital Read Pen merupakan gajet digital islamik juga di kenali dengan al quran elektronik juga berfungsi sebagai alat untuk belajar hafal al quran juga membantu semua golongan yang ingin belajar Al-Quran dari peringkat asas dengan mudah dan cepat melalui inovasi terkini iaitu pen pintar.

Saya suka Al Quran Digital. Senang digunakan. Hanya sentuh Pen Digital Al Quran dan ia akan mengeluarkan suara imam-imam hebat dari Madinah atau Mekah Pilih mode Qari samada untuk bacaan atau untuk terjemahan pada naskhah Al Quran.

Al-Quran digital ini sesuai untuk semua golongan iaitu kanak-kanak, remaja, orangdewasa dan warga emas bagi menyempurnakan ibadah.

Iqra 1 Digital, Iqra 2 Digital, Iqra 3 Digital, Iqra 4 Digital, Iqra 5 Digital & Iqra 6 Digital– Individu yang perlu belajar membaca Al-Quran dari asas.

Panduan Sembahyang Digital - Cara-cara/tatacara tertib untuk mendirikan sembahyang 5 waktu dan bacaan-bacaan yang perlu dibaca di dalam sembahyang. Panduan ini merangkumi sembahyang jenazah.

Panduan Haji & Umrah Digital – Panduan untuk bakal-bakal jemaah yang akan mengerjakan haji dan umrah. Langkah demi langkah / tatacara tertib dan doa-doa yang perlu dibaca bermula dari ihram sehingga tawaf wada’ (tawaf perpisahan). Buku panduan tersebut direka khas yang membolehkan para jemaah haji dan umrah menggantungkan buku tersebut dileher dengan menggunakan tali semasa menunaikan haji dan umrah untuk dijadikan sebagai panduan.

Surah Pilihan Al-Quran Digital (Muqadam Digital) – Surah pilihan Al-Quran termasuk surah-surah di muqadam, surah yassin dan surah kursi.

Kamus Melayu-Arab Digital - Kamus perbualan harian Melayu-Arab. Kamus perbualan harian untuk Melayu-Inggeris, Melayu-Perancis, Melayu-German, Melayu-Portugis, Melayu-Spanyol, Melayu-Turki, Melayu-Belanda, Melayu-Rusia, Melayu-Itali, Melayu-Thai, Melayu-Jepun, Melayu-Korea dan Melayu-China juga diberi sebagai bonus untuk perbualan harian.

Kad Index 114 Surah-Surah Al-Quran & Doa-Doa Harian Digital – Kad index ini agak unik di mana kita boleh mendengar 114 surah-surah Al-Quran dengan memilih surah yang dikehendaki di kad index tersebut.

Kad index tersebut merupakan sekeping kad bersaiz kecil, mudah digunakan dan senang dibawa. Ia sesuai digunakan untuk individu yang bercadang untuk membuatperjalanan yang jauh dan tidak mahu membawa bagasi yang berat dan besar.

Doa-Doa Harian di kad index merupakan doa harian seperti:-

Doa Selepas Azan / Doa Sebelum Tidur / Doa Sesudah Bangun Tidur / Doa Untuk Memasuki Tandas / Doa Untuk Keluar Tandas / Doa Sebelum Berwuduk / Doa Selepas Berwuduk / Doa Di Waktu Pagi / Zikir Di Waktu Petang / Doa Sebelum Makan / Doa Selepas Makan / Doa Semasa Memakai Pakaian / Doa Keluar Dari Rumah / Doa Masuk Ke Dalam Rumah / Doa Masuk Ke Dalam Masjid / Doa Keluar Dari Masjid / Doa Menaiki Kenderaan / Ucapan Salam Dalam Islam / Doa Setelah Selesai Majlis / Doa Ketika Menziarahi Kubur / Doa Melihat Seseorang Ditimpa Musibah / Doa Ketika Hujan Turun / Ucapan Terima Kasih Kepada Seseorang.

Doa harian ini sesuai bagi umat Islam yang ingin belajar, menghafal dan mengamalkandoa harian dengan mudah.

No comments:

Post a Comment